KHAS UNTUK USAHAWAN SME & STARTUP YANG BELUM CONFIDENT DENGAN BUSINESS PROPOSAL ATAU PITCH DECK MEREKA

Sedang Mohon Pembiayaan,
Pelaburan atau Geran?

Kalau dokumen anda dah siap tetapi masih belum yakin sama ada ia cukup meyakinkan atau tidak, saya boleh bantu buat review sebelum anda hantar.

Business Document Review

RM299

Sebelum dokumen dihantar, ketahui bahagian mana yang perlu diperbaiki supaya cadangan anda lebih mudah difahami dan dinilai.

Selepas review, anda akan tahu:

  • ✓Apa yang mungkin menimbulkan persoalan kepada pegawai penilai, pelabur atau pemberi geran.
  • ✓Maklumat, bukti dan angka apa yang perlu ditambah atau diperkukuhkan.
  • ✓Bahagian mana yang perlu diterangkan semula, termasuk tujuan dana, penggunaan dan impaknya.
  • ✓Pembetulan yang patut dibuat dahulu sebelum anda submit atau present.
Anda terima: Laporan semakan bertulis + satu sesi penerangan online 30 minit.

Laporan dalam 3 hari bekerja selepas dokumen lengkap disahkan diterima.

Selepas anda membuat pindaan berdasarkan laporan, dokumen boleh menjadi lebih tersusun dan mempunyai sokongan yang lebih kukuh.

Selepas bayaran berjaya: Saya akan hubungi anda melalui WhatsApp untuk urus penghantaran dokumen dan tetapkan tarikh sesi online.

Siapa Yang Patut Ambil Peluang Ini?

Bukan untuk semua orang.
Ini untuk yang dah ada dokumen.

Servis ini paling sesuai untuk usahawan yang sudah menyediakan draf proposal atau pitch deck dan mahu pandangan kedua sebelum submit atau present.

•
Startup yang nak submit permohonan geranDah ada proposal atau pitch deck, tetapi belum pasti sama ada isi kandungannya cukup kuat.
•
Bisnes yang nak present kepada pelaburPerlukan semakan supaya hujah, peluang pasaran dan potensi bisnes lebih jelas dan meyakinkan.
•
SME yang nak mohon pembiayaanMahukan semakan sebelum menghantar dokumen kepada bank, institusi pembiaya atau organisasi berkaitan.
•
Founder yang nak pandangan keduaDah siapkan dokumen sendiri, tetapi mahu tahu apa yang masih lemah, kabur atau tertinggal.
Apa Hasil Selepas Anda Buat Penambahbaikan?

Dokumen lebih bersedia untuk dibaca dan dinilai.

Bila anda menggunakan laporan ini untuk mengemas kini dokumen sendiri, matlamatnya supaya perkara penting berikut lebih mudah dilihat oleh pihak penerima:

Tujuan dan jumlah dana lebih mudah difahami

Pegawai penilai dapat melihat apa yang anda mahu buat, berapa dana diperlukan dan bagaimana dana itu akan digunakan.

Cadangan disokong dengan bukti yang lebih sesuai

Dakwaan tentang pasaran, permintaan atau prestasi tidak hanya bergantung kepada ayat umum.

Peluang dan risiko lebih mudah dinilai

Pelabur atau pihak berkepentingan boleh memahami model bisnes, angka, andaian serta potensi pengembangan dengan lebih baik.

Soalan penting ditangani lebih awal

Anda dapat mengurangkan jurang maklumat yang mungkin menyebabkan pihak penerima perlu meminta penjelasan tambahan.

Bagaimana Review Dibuat?

Saya semak dengan mengambil kira perspektif pihak yang akan menilai dokumen.

Sama ada pegawai penilai pembiayaan, pelabur sendiri atau pihak berkepentingan, saya akan lihat soalan yang mungkin timbul apabila mereka membaca cadangan anda.

1
Baca & fahami dokumen

Saya teliti perniagaan, tujuan dokumen, jumlah dana yang dimohon dan siapa pembacanya.

2
Kenal pasti kekuatan

Saya catat bahagian yang sudah jelas, meyakinkan dan mempunyai sokongan yang baik.

3
Kesan kelemahan

Saya lihat bahagian yang kurang jelas, maklumat yang tertinggal atau angka yang tidak konsisten.

4
Sediakan laporan & sesi penerangan

Anda terima laporan bertulis, kemudian kita bincangkan hasilnya dalam sesi online 30 minit.

Contoh Laporan Yang Diterima

Begini rupa laporan yang anda akan terima.

Berikut contoh simulasi tiga halaman, disusun seperti laporan Word biasa. Ia menunjukkan jenis ulasan yang akan diterima, bukan kerja daripada pelanggan sebenar.

HALAMAN 1 / 3
Contoh laporan semakan simulasi halaman 1 daripada 3
HALAMAN 2 / 3
Contoh laporan semakan simulasi halaman 2 daripada 3
HALAMAN 3 / 3
Contoh laporan semakan simulasi halaman 3 daripada 3

Dokumen contoh ini menggunakan syarikat, angka, catatan dan rujukan halaman yang direka untuk demonstrasi sahaja. Laporan sebenar bergantung pada dokumen pelanggan.

Siapa Saya?
Muhamad Adi Guntor

Muhamad Adi Guntor

Saya mempunyai 13 tahun pengalaman dalam dunia keusahawanan. Antaranya termasuk pengalaman berkaitan geran di syarikat tempat saya berkhidmat, menarik pelaburan serta membimbing syarikat menyediakan permohonan pembiayaan, geran dan pelaburan. Pengalaman ini menjadi asas pendekatan saya dalam menyemak cadangan perniagaan.

> RM500KGeran diterima oleh syarikat tempat saya berkhidmat
Hampir RM1jPelaburan luar yang ditarik
9 syarikatDibimbing bagi permohonan pembiayaan, geran dan pelaburan (Jun–Okt 2026)

Demi menjaga kerahsiaan, saya tidak memaparkan hasil kerja pelanggan. Pengalaman ini tidak bermaksud saya mempunyai hubungan rasmi dengan mana-mana pemberi pembiayaan atau geran, dan tidak menjamin kelulusan.

Proses Ringkas

Macam mana nak mula?

1
Buat pembayaran RM299Buat pembayaran melalui borang tempahan yang disediakan.
2
Saya akan hubungi anda melalui WhatsAppSaya akan hubungi anda menggunakan nombor WhatsApp yang diberi semasa pembayaran untuk urus penghantaran dokumen dan tetapkan tarikh sesi online.
3
Hantar dokumenSerahkan Pitch Deck, Business Proposal atau Business Plan, bersama maklumat ringkas melalui kaedah yang kita persetujui di WhatsApp.
4
Terima laporan dalam 3 hari bekerjaSaya akan sediakan laporan dalam 3 hari bekerja selepas dokumen dan maklumat lengkap disahkan diterima.
5
Sesi online 30 minitKita bincangkan laporan dalam sesi online selama 30 minit selepas laporan siap, pada tarikh yang dipersetujui melalui WhatsApp.
Soalan Lazim

Ada pertanyaan?

Apa berlaku selepas saya buat pembayaran?

Saya akan hubungi anda sendiri melalui WhatsApp menggunakan nombor yang diberi semasa pembayaran. Kita akan atur penghantaran dokumen dan tetapkan tarikh sesi online 30 minit. Sesi penerangan dibuat selepas laporan siap.

Kalau dokumen saya belum siap?

Servis ini untuk dokumen yang sudah mempunyai draf yang boleh disemak. Ia bukan perkhidmatan menyediakan dokumen dari kosong.

Berapa panjang dokumen yang diterima?

Satu dokumen maksimum 35 halaman, sama ada Business Plan, Business Proposal atau Pitch Deck.

Bila laporan akan siap?

Dalam 3 hari bekerja selepas semua dokumen dan maklumat yang diperlukan disahkan lengkap diterima.

Bolehkah saya tanya soalan dalam sesi online?

Ya. Sesi 30 minit adalah untuk menerangkan penemuan utama dan menjawab soalan berkaitan laporan semakan.

Adakah anda akan betulkan dokumen saya?

Tidak. Anda akan menerima laporan dan cadangan penambahbaikan. Pembetulan dibuat sendiri oleh pelanggan.

Apa yang tidak termasuk dalam servis review ini?

Semakan ini tidak termasuk penulisan semula dokumen atau jaminan kelulusan. Pelanggan membuat sendiri pindaan berdasarkan laporan dan sesi penerangan yang diterima.

Boleh batal dan minta refund?

Jika kerja semakan telah bermula, perubahan fikiran tidak melayakkan refund secara automatik. Terma penuh akan dinyatakan sebelum pembelian.

Adakah permohonan saya dijamin lulus?

Tidak. Servis ini membantu menilai dan menambah baik dokumen. Keputusan kelulusan tetap bergantung pada pihak yang menilai permohonan anda.

Business Document Review

Dokumen anda mungkin sudah siap. Tetapi adakah ia sudah menjawab soalan pihak yang akan menilainya?

Orang yang menerima proposal anda tidak mengikuti perjalanan perniagaan anda setiap hari. Mereka menilai berdasarkan apa yang anda tulis dan bukti yang anda sertakan.

Melalui review ini, saya bantu anda kenal pasti perkara penting yang masih perlu diperbaiki sebelum dokumen dihantar atau dibentangkan.

Semakan dokumen + laporan bertulis + sesi online 30 minit RM299
© 2026 Muhamad Adi Guntor · Business Document Review

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
BUSINESS DOCUMET REVIEW (November)
7
BUSINESS DOCUMET REVIEW (Disember) BELUM MULA
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN